Wednesday, 16 July 2014
How about the facilities (GMI)
Hi, Register sudah, orientation pun sudah now its weekend boleh la balik yeayy haha. So now jom borak pasal facilities dekat gmi or around gmi ni. At first risau juga macam mana aku nak balik parents bukannya boleh hantar pergi balik every weekend. So korang tak payah nak risau sangat sini ktm memang dekat sangat but dekat with transport la kalau jalan kaki tu mau bergelen juga peluh tu haha. Dari gmi nak ke ktm tu tak sampai lima minit then bagi yang newbies sem 1 memang tak boleh bawa kereta en sebab takut parking full haha. So korang kena la naik shuttle yang disedia en gmi act bukan under gmi pun tapi dia selalu hantar budak budak gmi sana sini korang boleh call je pak mat anytime korang nak keluar tapi jangan la call subuh subuh takpun lepas pukul 11 memang dia tak layan dah maybe dari pukul 8 sampai pukul 10 korang boleh pakai perkhidmatan pak mat dia akan hantar korang sekitar bandar baru bangi macam nak pergi econsave ke ktm ke hentian kajang boleh la dia hantar. Tapi kopak kalau hari hari naik pak mat haha mahal satu kepala gmi ke ktm rm2 boleh la tahan kalau pergi je kalau pergi balik dah rm4 dah tapi tak rasa sangat. Belum nak pergi econ save tak payah nak pergi sangat la econ save tu tak berbaloi langsung tak berapa nak save sangat baik kau pergi midvalley pergi balik baru rm6 lebih ni naik pak mat pergi econ save pergi balik dah rm10 lagipun mid banyak choice ni econ save setakat macam market store biasa je. So kalau yang nak beli barang runcit ke apa actually dekat ktm ada je kedai runcit maybe yang baru baru ni tak perasan sangat bila kau sampai ktm korang akan nampak satu lorong masuk je lorong tu terus nampak kedai runcit tu. Cakap pasal kedai runcit ni teringat pasal masak memasak ni mengikut undang undang hostel memang tak boleh nak memasak dalam hostel ni tapi ada je yang aku tengok bawa dapur semua takpe kalau budak baru tu korang humble humble la dulu haha. Tapi kitorang ni takleh tahan juga hari hari nak turun cafe. so kitorang pun decide masak dalam rice cooker macam macam boleh masak telur lauk so jimat la sikit so kepada yang belum pernah memasak benda lain selain nasi dalam rice cooker boleh la try try ye :) dekat gmi ni nak keluar memang bebas cuma just make sure korang attend class and balik before 12 kalau tak pukul 6 baru boleh masuk. Dekat gmi ni pula banyak facilities dia court memang macam macam sport court ada korang boleh main puas puas even gym pun ada hari rabu adalah hari khas for girls only so mana mana girls yang nak workout tu boleh la pergi. Cybercafe pun ada kat sini, Cc ni bukannya untuk buat assignment je main game pun boleh macam Cc biasa yang korang pergi tu nak print assignment pun boleh tapi kalau photostat better pergi library kata orang lagi murah dekat library pula ada banyak bilik untuk group discussion tapi still ada tempat public kalau tak nak dalam bilik pun. If nak beli stationary pun ada koperasi dalam campus Then cafe haa kat gmi memang banyak cafe satu dalam campus satu dekat sports complex dua dalam hostel satu untuk perempuan satu untuk lelaki tapi korang boleh pergi je mana mana lelaki boleh pergi perempuan, perempuan boleh pergi lelaki punya. aku pun tak tahu apa function dia split dua cafe tapi biarlah takde la sesak sangat haa and wifi dekat cafe perempuan je haha so malam malam mmg full la cafe perempuan ni ada yang buat assignment ada yang lepak je ada yang dating haha. lagi satu dekat hostel memang takde kemudahan wifi. Itu je rasanya pasal facilities dekat gmi if ada yang kurang korang tahu juga nanti hari orientasi hee. Assalamualaikum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment