Saturday, 19 July 2014

Photos about GMI

So ni la gambaran bilik hostel GMI, ni bilikdekat block A1 dia ada lagi satu block, block A7 act block tu kitorang first batch duduk situ sebab batch kitorang ramai perempuan so diorang buka block tu untuk hostel perempuan. tapi block tu takde lift sebab 5 tingkat je Block A1 ada sebab ada 11 tingkat. 

BLOCK HOSTEL GMI

HOSTEL COMPUND GMI

KORIDOR HOSTEL GMI

1.ALMARI 2.PARTITION 3.KATIL 4.MEJA BELAJAR 5.SHOWER ROOM & TOILET 6.RUANG DEPAN 7. SHOE RACK 8. RUANG KOSONG 9.KATIL & TOWEL RAIL 10. SINK

Yang ini pula gambar gambar facilities dekat GMI

BANGUNAN MANAGEMENT GMI

AUDITORIUM GMI


KOMPLEKS TEKNOLOGI GMI

DEWAN GEMILANG MERCU IDAMAN GMI

DALAM DEWAN 1

DALAM DEWAN 2

SURAU GMI

FUTSAL GMI

INDOOR COURT GMI

BANGKU PADANG GMI

GYM GMI

PADANG GMI
OUTDOOR COURT GMI

Thursday, 17 July 2014

Loan Mara (GMI)

Hi, ni aku nak berkongsi sikit pasal loan mara ni. ceh before this i you i you sekarang tak payah nak i you sangat haha. Ok haa loan mara ni pun satu hal macam korang tahu masuk gmi ni memang pakai loan mara en ada juga ptptn tapi better la kau pakai mara cuma complicated sikit correction complicated banyak ergh haha. Korang kena make sure lepas orientation day kau kena check every day siang malam sebab aku punya pengalaman satu hari je aku miss tak check tengok tengok dia buka kejap je then malam tu dah tutup maybe banyak sangat application masuk sampai diorang pun tak tertampung entah la aku pun tak sure sangat tapi memang frust laa time tu. and lagi satu before korang login isi application tu korang kena daftar dulu tau baru boleh login so yang daftar tu la korang kena sentiasa alert bila dia buka semua about the id and pass kitorang pakai number ic je tapi korang aku tak sure la pula tapi nanti mesti ada taklimat ke apa tapi korang kena sentiasa alert tu je sebab kadang kadang diorang ni suruh kita pepandai sendiri sebab benda ni semua online. Ao hope korang tak mengalami kesulitan buat loan mara ni. Insyaallah. and yes pasal gambar tu belum berkesempatan lagi nak post nati ada masa aku post la. Assalamualaikum.

So call pak mat maybe (GMI)

Hi, So ni lah number pak mat kalau korang nak contact ke apa tak payah tanya senior dah :)
Pak Mat : 0122527247

Wednesday, 16 July 2014

How about the facilities (GMI)

Hi, Register sudah, orientation pun sudah now its weekend boleh la balik yeayy haha. So now jom borak pasal facilities dekat gmi or around gmi ni. At first risau juga macam mana aku nak balik parents bukannya boleh hantar pergi balik every weekend. So korang tak payah nak risau sangat sini ktm memang dekat sangat but dekat with transport la kalau jalan kaki tu mau bergelen juga peluh tu haha. Dari gmi nak ke ktm tu tak sampai lima minit then bagi yang newbies sem 1 memang tak boleh bawa kereta en sebab takut parking full haha. So korang kena la naik shuttle yang disedia en gmi act bukan under gmi pun tapi dia selalu hantar budak budak gmi sana sini korang boleh call je pak mat anytime korang nak keluar tapi jangan la call subuh subuh takpun lepas pukul 11 memang dia tak layan dah maybe dari pukul 8 sampai pukul 10 korang boleh pakai perkhidmatan pak mat dia akan hantar korang sekitar bandar baru bangi macam nak pergi econsave ke ktm ke hentian kajang boleh la dia hantar. Tapi kopak kalau hari hari naik pak mat haha mahal satu kepala gmi ke ktm rm2 boleh la tahan kalau pergi je kalau pergi balik dah rm4 dah tapi tak rasa sangat. Belum nak pergi econ save tak payah nak pergi sangat la econ save tu tak berbaloi langsung tak berapa nak save sangat baik kau pergi midvalley pergi balik baru rm6 lebih ni naik pak mat pergi econ save pergi balik dah rm10 lagipun mid banyak choice ni econ save setakat macam market store biasa je. So kalau yang nak beli barang runcit ke apa actually dekat ktm ada je kedai runcit maybe yang baru baru ni tak perasan sangat bila kau sampai ktm korang akan nampak satu lorong masuk je lorong tu terus nampak kedai runcit tu. Cakap pasal kedai runcit ni teringat pasal masak memasak ni mengikut undang undang hostel memang tak boleh nak memasak dalam hostel ni tapi ada je yang aku tengok bawa dapur semua takpe kalau budak baru tu korang humble humble la dulu haha. Tapi kitorang ni takleh tahan juga hari hari nak turun cafe. so kitorang pun decide masak dalam rice cooker macam macam boleh masak telur lauk so jimat la sikit so kepada yang belum pernah memasak benda lain selain nasi dalam rice cooker boleh la try try ye :) dekat gmi ni nak keluar memang bebas cuma just make sure korang attend class and balik before 12 kalau tak pukul 6 baru boleh masuk. Dekat gmi ni pula banyak facilities dia court memang macam macam sport court ada korang boleh main puas puas even gym pun ada hari rabu adalah hari khas for girls only so mana mana girls yang nak workout tu boleh la pergi. Cybercafe pun ada kat sini, Cc ni bukannya untuk buat assignment je main game pun boleh macam Cc biasa yang korang pergi tu nak print assignment pun boleh tapi kalau photostat better pergi library kata orang lagi murah dekat library pula ada banyak bilik untuk group discussion tapi still ada tempat public kalau tak nak dalam bilik pun. If nak beli stationary pun ada koperasi dalam campus Then cafe haa kat gmi memang banyak cafe satu dalam campus satu dekat sports complex dua dalam hostel satu untuk perempuan satu untuk lelaki tapi korang boleh pergi je mana mana lelaki boleh pergi perempuan, perempuan boleh pergi lelaki punya. aku pun tak tahu apa function dia split dua cafe tapi biarlah takde la sesak sangat haa and wifi dekat cafe perempuan je haha so malam malam mmg full la cafe perempuan ni ada yang buat assignment ada yang lepak je ada yang dating haha. lagi satu dekat hostel memang takde kemudahan wifi. Itu je rasanya pasal facilities dekat gmi if ada yang kurang korang tahu juga nanti hari orientasi hee. Assalamualaikum

It has been a terribly hectic week (GMI)

Hi, cerita hari registration dah. So mai kita borak pasal minggu orientation pula. Letih dia tak payah cerita memang penat sangat sangat ulang alik sana sini kadang kadang rasa macam duduk kem motivasi pula haha. Jadual pack sangat nak nak pula now tengah bulan puasa pukul 4 tu memang dah kena bangun dah sebab pukul 5 tu memang semua orang kena terpacak dekat surau kau boleh solat ke tak boleh solat ke mmg kena bangun juga haha. Kalau lambat tu memang boleh dengar akak akak OC (Orientation Committee) melaung dari bawah. First day boleh lagi dia bagi buka puasa dalam bilik and maghrib korang boleh solat either kat surau or bilik tapi hari kedua dia tengok ramai tak turun kot dia tak bagi balik bilik dah korang wajib kena berbuka dekat cafe ke or mana mana sekitar compound hostel just asalkan korang tak naik bilik then terus solat maghrib kat surau sekali isyak dengan terawih if ada usrah kena la tunggu ada kadang kadang pukul 11 lebih juga la baru masuk bilik and fyi makanan berbuka semua ditanggung for now la tapi tak tahu la kalau yang kena orientation time bulan tak puasa tu. Antara aktiviti yang korang kena buat just satu je which is duduk dengar dengar dengar and mendengar. Orientasi ni takde benda lain dengar ceramah je lah dari pagi sampai petang. Ada break pun solat bulan puasa memang tak makan la kan. Boleh kram lama lama sangat duduk lama lama macam tu. Dewan pula memang ada aircond tapi bila dah 1400++ dalam dewan tu panas juga haha. So apa lagi ea yang tak best nya orientation ni sebab takde LDK tapi make sense juga kalau nak buat LDK pun dengan beribu orang macam ni sampai esok tak habis nak arrange budak lagi. And yes one more thing about the OC. I expect OC ni cam sporting ke peramah ke apa enn or at least kalau nak ragging pun but still boleh senyum or baik rapat ke apa apa je laa dengan newbies ni masa dah tak diorientasi nak naik bilik ke apa ke la enn haha tapi asyik nak marah marah marah je nak senyum pun susah nya ya rabbi then paling tak suka sebab ada certain tu macam poyo terlebih sangat hahaha tak salah poyo tapi macam everytime nak tunjuk bagus pun tak boleh juga in my opinion la en hahaha. Sorry kepada OC kerana mengumpat tapi tak semua la macam tu mostly ada yang sporting baik masuk air pun ada tapi dah nak last last tu mostly semuanya okay no worries. Biasa la tu bila orang dah dapat kuasa haha (jahatnya) :p tapi time nak habis orientation week tu banyak spontan activity yang takde dalam jadual mostly semua best best awesome sangat. The closing ceremony was BOOM BOOM KEDABOOM haha means best sangat sangat la tu awesome gila with the BeatBox competion between senior which is one of our OC and our friends then ada tu kena denda datang lewat menari based on lagu iya iyalah laa haha masuk air betul senaman tu then OC buat Gwiyomi lagi ececececeh comel la tu tapi memang comel pun hahaha kitorang punya batch pun bagi support 100% during the ceremony seems like semua orang happy dengan ending orientation week ni haha. So it was a happy ending haha Alhamdullialh. i harap dengan apa yang post ni boleh la korang gain some information from it Assalamualaikum.

Tuesday, 15 July 2014

Today my life begins (GMI)

HI, ni first time i blogging sebab i masuk belajar dekat one of college dekat bangi GMI nama shortform dia so tujuan i buat blog ni sebab before i masuk belajar ni information yang i dapat tu macam tak memuaskan haha then i create my own blog supaya i juga boleh berkongsi cerita dekat GMI and i hope korang boleh dapat information yang secukupnya insyaallah heee :B So my life begins at GMI it's hard to believe that i just  registered at German Malaysian Institute. So lets get started from registration day. So i lived at seremban, Gmi ni kat bangi then takde la jauh and take time sangat nak pergi Gmi ni. I bertolak dari rumah around 7 something then sampai sampai je time tu takde la ramai sangat and thank god i still got place to sit. Sementara menunggu dewan nak buka ada one guy edarkan flyers. Dekat situ tulis yang kita kena ambil borang mara dekat bookstore and we have to pay rm10 for it.Yeah i masuk Gmi ni buat loan mara so we need to apply online. Senang sikit under mara ni if kita score 3.75 and above kita punya pengajian semua mara tanggung and ada rezeki boleh futher study either UK, Australia, England or German. So korang belajar la rajin rajin ok :) sambung balik haa pasal borang mara tu so kita yang tak tahu apa apa ni my mum cepat cepat la suruh abang i pergi cepat takut habis or ramai orang and nasib baik ada staff sempat buat announcement yang itu semua kerja orang luar and semua tu tipu nasib baik abang i tak sempat beli lagi tapi kesian juga sebab ada yang dah beli. I sendiri tak faham dengan orang yang buat kerja kerja ni semua halal ke nak guna duit tu semua haih. So sesiapa yang nak registered for mara loan ke nanti semua urusan application adalah online tak payah nak beli borang rm10 pulak tu. Then bila buka je pintu dewan semua orang dah beratur i antara orang yang dekat depan juga phew nasib baik.Semua student yang kena uruskan sendiri parents are not allowed. Lepas dah buat payment register semua we need to pick our uniform, T-shirt , dust coat and one more apa tah nama dia haha and haa lagi satu kasut.Cerita pasal kasut kasut size perempuan kecik kecik la haih i punya kaki dah la agak besar size nya haha then suruh i try kasut paling kecil lelaki punya pattern dah macam Mcdonald dah rupa dia. So i degil nak kasut perempuan  juga then ambil la size paling besar takpe lama lama kembang la kot hopefully bab bab kasut ni memang payah sikit la hm. Lepas amik semua kelengkapan pakaian register hostel pula. I dapat bilik tingkat 7 ok laa memandangkan ada lift takde la semput sangat haha kalau lift rosak pun still boleh tahan kot tingkat 7 tapi kalau yang dapat 10, 11 memang nasib korang la haih haha. Room mate i semua budak network haa lupa nak cerita i amik course Network Security i memang minat juga la benda benda ni semua  plus dekat GMI ni banyak hands on theory lebih kurang 20% of it so tak la boring or mengantuk ke apa. Alhamdullilah semua room mate i budak network ada lima orang satu bilik. Actually dia tak la bilik sangat nak kata rumah pun tak la rumah sangat dia just macam satu bilik besar then ada 6 partition . So every partition tu kira macam bilik la tapi takde pintu pun then ada satu ruang korang nak makan ke solat ke gathering with room mate ke and jangan risau pasal panas ke apa sini kipas siling sorang satu and laju pun laju dia punya bilik pun ok alhamdullilah. Nanti i post gambar. Then ada satu toilet and one shower room. kongsi la lima orang kira ok la kan dari kalau sesetengah IPT toilet kat luar kongsi ramai ramai. So rasanya sampai sini la kot nanti kita sambung lagi cerita about the next day. Assalamualaikum